Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

Video Belakang Tabir Ready Player One Dedahkan Bagaimana Steven Spielberg Bawakan ‘Oasis’ Ke Layar Perak


Filem Ready Player One mungkin bukanlah filem terbaik arahan pengarah Steven Spielberg, tetapi dari segi teknikal ianya boleh dikatakan sangat menakjubkan dan mampu membuatkan penonton terpukau dengan kesan visualnya.

Diadaptasikan dari novel sains fiksyen berjudul Ready Player One karya Ernest Cline, Spielberg diberi tugas yang begitu mencabar iaitu membawa dunia maya Oasis ke layar perak

Dalam sebuah video klip eksklusif yang didedahkan oleh laman web Collider, ia menunjukkan sebanyak 60% filem dihasilkan dengan bantuan CGI. Jadi bagaimana Steven Spielberg dan krewnya membawa dunia virtual ke layar perak? anda boleh tonton video belakang tabir Ready Player One dibawah yang memaparkan proses penggambaran dan penggunaan teknologi dalam menghasilkan sebuah filem yang begitu hebat kesan visualnya.

Ready Player One akan dikeluarkan dalam bentuk 4K Blu-ray, Blu-ray dan DVD pada 24 Julai ini.


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee

[VIDEO] ‘Oppenheimer’ Sifar CGI Menurut Christopher Nolan

Kakimuvee

Pelakon Suara Anime Jepun Kembali Ke Luatan Dalam Adaptasi Live-Action ‘One Piece’ Netflix

Kakimuvee