Joker Deleted Scene Dalam Filem Suicide Squad

0
326
views
screenrant.com
screenrant.com

Joker Deleted Scene

Selepas kejayaan Man of Stell dan Batman V Superman: Dawn of Justice, Warner Bros telah meneruskan legasi mereka apabila menghasilkan filem ketiga DC Extended Universe (DCEU) yang berdasarkan siri komik Antihero DC iaitu Suicide Squad.

Apa yang menjadi tarikan penonton untuk melihat filem ini ialah penampilan watak supervillian popular dalam dunia DC iaitu Joker  yang dibintangi oleh pemenang Anugerah Academy, Jared Letto.

Marki Photography

Walaupun penampilannya dalam filem ini penting sebagai salah satu strategi permasaran filem Suicide Squad, namun penglibatan dan peranannya dalam perjalanan cerita begitu sedikit dan seolah-olah tidak penting. Ini gara-gara terdapat banyak babak-babak yang melibatkan supervillian tersebut telah dipotong oleh pihak produksi.

joker-ties-down-harley

Ia bukan sahaja membuatkan peminat merasa kecewa setelah menontonnya, malah Jared Letto turut melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati cara pihak produksi memotong babak-babak lakonannya dalam filem itu. Jared pernah mendedahkan dalam laman hiburan bahawa terdapat banyak babak lakonannya telah dipotong oleh pihak produksi

Bagaimanapun, pihak Warners Bros telah mengeluarnya versi penuh (extended version) filem Suicide Squad. Dalam versi itu, babak yang melibatkan Joker juga turut dimasukkan. Tidak seperti versi penuh Batman V Superman: Dawn of Justice dimana masa tayang versi penuh adalah 30 minit lebih lama dari versi yang disunting, filem Suicide Squad, hanya penambahan 11 minit sahaja.

Walaupun babak supervillian yang dipotong tersebut dimasukkan dalam versi terbaru ini, dikatakan masih terdapat beberapa babak yang tidak dimasukkan oleh Warner Bros. Mungkin disebabkan watak Joker yang terlampau “darker” atau ganas menyebabkan pihak Warner Bros. mengambil keputusan tidak memaparkan kepada penonton.

Jom kita tengok antara babak-babak Joker yang dipotong dalam filem Suicide Squad termasuk video penerangan kenapa babak Joker dipotong dan tidak dimasukkan kedalam filem pihak produksi.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here