Usop Wilcha Kecewa Filem Terbitannya Di Cetak Rompak

1
214
views
Salah satu babak filem Usop Wilcha Menghojang Makhluk Muzium
Salah satu babak filem Usop Wilcha Menghojang Makhluk Muzium

Syed Mohamad Asri atau lebih dikenali dengan nama Usop Wilcha melahirkan rasa kecewa apabila filem terbitannya Menghonjang Makhluk Muzium telah di muatnaik secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya lagi, dia melahirkan rasa kecewa apabila penat lelah pihak produksi menghasilkan karya mereka bertahun-tahun telah dirompak dengan sekelip mata.

Dalam status dilaman sosial beliau, Syed Mohamad Asri terpaksa menghalalkan pekara tersebut kerana ianya telah berlaku dan berharap agar orang ramai tidak menyokong perbuatan mencuri karya tersebut.

Fenomena cetak rompak masih menjadi duri dalam daging industri perfileman tempatan. Ianya merupakan salah satu sebab mengapa industri hiburan negara tidak berkembang kerana para pengkarya kebanyakkannya mengalami kerugian hasil daripada aktiviti cetak rompak.

Mereka telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menghasilkan karya, namun dengan aktiviti cetak rompak yang berleluasa, menyebabkan mereka gagal mendapat pulangan yabg diharapkan.

Oleh itu, bagi mengekang masalah ini, pihak berkuasa hendaklah dengan lebih kerap membendung aktiviti ini dan secara tidak langsung dapat industri hiburan negara am nya dan industri perfileman khususnya.

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here