Uqasha Senrose Lebih Selesa Tidak Bertudung

0
341
views
Sumber Foto: kualalumpurpost.net
Sumber Foto: kualalumpurpost.net

Pelakon Uqasha Senrose yang mencipta kontroversi apabila menanggalkan tudungnya semata-mata mahu membina karier lakonan kini merasakan lebih selesa kerana tidak perlu untuk menjadi hipokrit selepas mengambil keputusan tersebut.

Bercakap kepada Astro Gempak baru-baru ini, Uqasaha merasa dia lebih selesa berbanding semasa dia mamakai tudung dan tidak perlu lagi untuk menjaga hati mana-mana pihak.

“Saya selesa begini, daripada bertudung hanya sebab nak jaga hati orang ramai buat apa, lebih baik jadi diri sendiri dan saya rasa lega.

“Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang tak suka jadi saya nak buat bagaimana?

“Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Saya syukur kerana mempunyai keluarga yang amat memahami diri saya.

“Sebelum saya buat keputusan untuk membuka tudung, ya memang saya berfikir terlebih dahulu tentang akibat yang akan saya terima, tapi apa yang saya boleh katakan, saya memilih untuk tidak mahu menjadi hipokrit dengan semua orang,” katanya kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun, Uqasha tidak menafikan akibat daripada tindakan tersebut dia telah menyebabkan dia menerima pelbagai komen negatif dan cemuhan daripada netizen yang menganggap tindakan telah membelakangkan tuntutan agama.

“Ya, dulu memang saya ada tutup sekejap ruangan komen di akaun Instagram (IG) kerana komen-komen yang diberikan terlalu teruk.

“Nak kata tertekan sampai tak keluar rumah itu tidaklah cuma memandangkan ini adalah pilihan saya jadi saya perlu berani untuk hadapinya.

“Tapi sekarang semuanya dah kembali seperti biasa dan tak kisahlah orang nak kata apa yang penting saya gembira dan kehidupan harian saya pun berjalan seperti biasa,” ujarnya.

sumber: Astro Awani

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here