“Upin Ipin Jeng Jeng Jeng” Tembusi Pasaran Asia Barat

0
288
views

upin-ipin-jeng-jeng

SELEPAS kejayaan memberangsangkan sebelum ini, filem animasi Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng sudah ditempah negara Asia Barat.

Penerbitnya, Datuk Norman Abdul Halim berkata, perbincangan sedang dijalankan dengan pengedar dari negara berkenaan.

“Kita sebenarnya telah ada tempahan di negara Asia Barat untuk filem ini, namun itu semua masih dalam proses perbincangan bersama pengedar di sana.

“Insya-Allah kita akan mendapatkan lagi lebih banyak pengedaran di negara-negara lain agar industri filem animasi tempatan akan mendapat perhatian penonton luar negara sekali gus setaraf karya antarabangsa,” katanya kepada Astro Gempak.

upin-ipin

Tambah Norman lagi, filem industri animasi tempatan perlu dibawa ke tahap yang lebih tinggi supaya ia dapat diterima ramai.

Norman berkata, ini sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang meletakkan harapan agar industri animasi tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa sejajar dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Saya mengharapkan filem animasi Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng dapat diterima oleh semua peringkat usia dan lapisan masyarakat.

Norman berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis tayangan perdana filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng, di Cathay Cineplex eCurve Mutiara Damansara, pada Selasa.

Filem itu akan ditayangkan pada 24 November depan.

Selain watak Upin dan Ipin, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon seperti Puteri Balqis, Awie, Sarah Ali, Gambit dan Remy Ishak.

Filem ini merealisasikan impian kanak-kanak untuk melihat cerita Upin dan Upin dilakonkan dalam alam nyata.

Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng adalah filem usahasama Les’Copaque Production dan KRU Studio untuk menaikkan kembali industri filem tempatan yang dilihat semakin merudum.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here