Upah Gangster, Satu Lagi Publisiti Murahan Tasha Shilla

0
628
views

Tasha-Shila-dan-Han-Chen-Wong

Kecoh di media hiburan bahawa pelakon Tasha Shilla telah mengupah lebih kurang 40 gangster untuk memukul bekas kekasihnya Han Wong. Kejadian yang berlaku pada awal pagi Jumaat di sebuah kelab yang baru dibuka di Jalan Tun Razak itu terjadi disebabkan perselisihan faham antara mereka berdua sehingga berlaku serangan terhadap Han diluar premis pusat hiburan itu.

Selain itu juga, satu laporan polis yang dibuat oleh Han Wong telah tersebar yang mendedahkan pelakon wanita itu telah menyerang pemuda berkenaan di sebuah kelab.

Dalam report polis itu, Han mendakwa ketika mendekati Tasha di kelab yang sama untuk bersalaman dengannya, Tasha tidak mengendahkan dia tetapi datang ke mejanya lalu menampar dan menedang dia.

carmen hans dan laporan polis

Menerusi laporan itu juga turut menyebut Han tidak bertindak balas kerana Tasha dikatakan berada dalam pengaruh arak. Laporan polis itu juga menyatakan orang ramai telah membantu untuk mengelakkan kejadian lebih besar termasuklah menyimbah muka Tasha dengan air dan pengawal keselamatan menghalaunya keluar.

Selepas kejadian, Han dalam laporan itu mendakwa lebih 30 hingga 40 orang datang menyerangnya dan teman.

1-Tasha-Silla-Upah-40-Lelaki-Pukul-Bekas-Kekasih

Laporan polis yang dibuat oleh Han Wong dikatakan dimuatnaik di laman Instagram kekasih barunya, Carmen Emirda. Melalui beberapa perbualan di ruangan komen instagram itu, pelakon baru Farah Mendoza yang turut ada di tempat kejadian menyatakan situasi yang menyebabkan suasana tegang terjadi di dalam sebuah kelab malam.

Tasha Shila Upah Gangster

Han Wong juga dikatakan bakal mendedahkan segala bukti kejadian diserang Tasha Shila kepada umum. Setakat ini dia sudah pun mengumpul beberapa bahan bukti dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat hiburan berkenaan untuk siasatan pihak polis.

Nampaknya pelakon yang semakin tenggelam ini makin kerap mencipta kontroversi, tidak tahulah samada ingin sengaja mencari publisiti, ataupun ini adalah perangai sebenarnya.

sumber: mStar Online, Rotikaya

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here