Universal Picture mendedahkan tarikh filem terbaru mereka.

0
530
views
Screenrant.com
Screenrant.com

Pada festival CinemaCon yang lalu, Universal Picture telah mengumumkan beberapa tarikh filem mereka untuk beberapa tahun akan datang ini, antaranya filem Fast & Furious 8 dan dua sequel filem panas iaitu Fifty Shades Darker & Fifty Shade Freed (sequel filem Fifty Shade of Gray). Ini ditambah juga pengumuman beberapa tarikh untuk filem – filem keluaran mereka yang akan datang.

Pihak Universal mendedahkan, beberapa filem terbitan  syarikat Lagendary akan diubah tarikhnya iaitu filem Warcraft yang sepatutnya ditayangkan pada 11 Mac 2016 ke 10 Jun 2016 dan filem Pacific Rim 2 dari 7 April 2017 ke 4 Ogos 2017. Begitu juga filem ber “genre” kan Monster seperti The Mummy akan di anjak ke 24 Jun 2016 ke 24 Mac 2017 dan satu lagi filem yang tidak diberitahu judulnya lagi akan ditukar tarikh dari 21 April 2017 ke 30 Mac 2018.

Selain itu juga, pihak Universal memaklumkan, filem Mena lakonan Tom Cruise akan memulakan tayangan pada 6 Januari 2017

Fifty Shades of darker

Tujuan filem Warcraft dan Pacific Rim 2  di ubah tarikah kerana bagi mengelakkan bertembung dengan filem Blockbuster seperti Star Wars: The Force Awaken dan juga meletakkan tarikh tayangan pada bulan yang sesuai iaitu awal Jun dan Ogos bagi bagi menarik penonton semaksimum yang mungkin, seperti yang dilakukan oleh filem popular Marvel, Guardiance of the Galaxy pada tahun lepas apabila filem itu mendapat Blockbuster kerana ditayangkan pada awal Ogos.

Syarikat produksi lain juga berlumba – lumba untuk mengejar status Blockbuster apabila mereka juga mengumumkan tarikh tayangan filem mereka seperti Teenage Mutant Ninja Turtles 2 yang akan ditayangkan seminggu sebelum filem Warcraft dengan filem Star Trek 3  akan datang beberapa minggu kemudian. Kedua – dua sequel filem tersebut boleh dikatakan saingan besar buat syarikat produksi Lagendary/Universal film.

Jadual Tayang filem

Warcraft – June 10th, 2016.

Mena – January 6th, 2017.

Fifty Shades Darker – February 10th, 2017

The Mummy – March 24th, 2017;

Fast & Furious 8 – April 14th, 2017

Pacific Rim 2 – August 4th, 2017

Fifty Shades Freed –  February 9th, 2018;

the untitled monster film – March 30th, 2018.

Sumber: Universal, Variety

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here