Universal Hasilkan Filem Doom, Nina Bergman Sah Membintanginya

0
79
views

Studio Universal dilaporkan sedang menghasilkan sebuah filem adaptasi permainan video terbaru yang berjudul Doom. Menurut laman web comicbookmovie.com, aktres Nina Bergman juga dilapokan akan membintangi filem terbaru Universal itu.

Ini berdasarkan beberapa ‘Tweet’ yang dikeluarkan aktres itu sendiri, anda boleh lihatnya dibawah.

Tidak dapat dipastikan sama ada filem Doom terbaru yang bakal diterbitkan oleh Universal ini adalah sekuel atau filem yang dihasilkan semula. Universal sebelum ini pernah menghasilkan filem Doom pada tahun 2005 dan filem tersebut dibintangi oleh Karl Urban, Dwayne Johnson dan Rosamund Pike. Namun filem berkenaan boleh dikatakan gagal sama sekali. Doom 2005 bukan sahaja dikritik teruk oleh para pengkritik, malah kutipan tiketnya tidak mampu menanggung kos pembikinan filem.

Semasa ditanya oleh peminat sama ada filem terbaru Doom ini akan mengalami nasib yang sama seperti filem yang dikeluarkan pada tahun 2005 itu, Nina Bergman optimis filem lakonannya itu nanti akan lebih hebat dari filem sebelumnya.

Doom adalah sebuah permainan video bergenre sains fiksyen seram. Dihasilkan pada tahun 1993 oleh pembangun pemainan video id Software, Doom boleh dikatakan salah satu permainan video yang sangat berpengaruh dalam sejarah dunia permainan video serta dikatakan pelopor kepada pemainan video yang bertemakan ‘first person shooter’.

Apapun diharapkan filem Doom yang bakal dihasilkan sekali lagi oleh Universal tidak mengulangi sejarah lampau dan juga berjaya membawa keluar filemnya dari sumpahan filem adaptasi permainan video.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here