Umie Aida Mohon Allah Lindungi Suami Yang Ditahan Polis

0
185
views

Umie-Aida02

Pelakon Datin Seri Umie Aida mengharapkan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan polis akan dilindungi Allah.

Umie, 42, dalam status di laman social Facebook dan Instagramnya turut mengharapkan hal berkenaan dapat diselesaikan dengan baik.

“Suami saya telah ditahan atas akta 124C . Semoga esok segalanya dapat diselesaikan dengan baik baik. InshaAllah. Me (Umie) doakan Allah sentiasa melindungimu… Aamiin,” kata Umie dalam status di laman sosialnya sebaik suaminya ditahan polis pada malam Jumaat.

Khairuddin dilaporkan ditahan polis dekat sini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebelum diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terdahulu, Khairuddin mendakwa dilarang berlepas ke New York dan London, selain turut disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut disekat ke luar negara ialah peguamnya, Matthias Chang.

Khairuddin sebelum ini telah membuat laporan polis mengenai 1MDB di Singapura, Switzerland, Perancis dan Hong Kong.

Umie Aida PolisDalam pada itu Umie Aida turut mendapat sokongan ramai yang meminta beliau bersabar menempuh ujian itu selepas beliau memuat naik status berkenaan.

Status di Instagramnya sehingga pagi Sabtu mendapat lebih 3,200 like sementara di Facebook pula dikongsi lebih 65 orang.

Artis-artis tempatan antaranya Betty Banafe, Datin Sofia jane, Nazia Mustafar, Nourul Wahab dan Salamiah Hassan turut memberi kata-kata semangat dan doa buatnya dan suami dalam menempuh ujian itu.

sumber: mStar Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here