Umie Aida Kecewa Dukun Disebarkan Secara Haram Di Laman Sosial

0
160
views

Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan filem Dukun di laman sosial Facebook walaupun filem kontroversi itu masih lagi ditayangkan di pawagam.

Umie yang juga merupakan pelakon utama filem Dukun kemudian bertindak menyindir pihak tersebut dengan meminta mereka terus menyebarkan filem itu. Beliau berkata demikian di laman sosial Instagram miliknya.

“Sejak dua tiga hari ini ramai buat ‘party’ filem Dukun di Facebook! Apakah keseronakan yang anda dapat dengan buat tayangan filem ini sedangkan “Dukun” masih ditayangkan di pawagam?

“Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau itu satu kepuasan cara anda menonton sebuah filem maka teruskan. Teruskan, sebarkan lagi… sebar sebanyak mungkin! Kongsi sebanyak mungkin, jual CD sebanyak mungkin… Enjoy rough cut and no ending! Terima kasih kerana membunuh industri filem,”

Filem arahan Dain Said ini ditayangkan di pawagam sejak 5 April lalu selepas 12 tahun terperap disebabkan pengharaman oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF)

Terdahulu, sebelum filem ini ditayangkan secara rasmi, ia telah pun bocor di Internet namun ia tidak menjejaskan kutipan filem ini apabila ia telah berjaya mengutip RM6.2 juta setakat ini.

Selain Umie Aida, filem Dukun turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Faizal Hussein, Namron, Hasnul Rahmat, Elyana, Bront Palarae dan ramai lagi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here