Tweet “Terima Kasih” Chris Evans Tidak Bermakna Captain America Akan Mati?

0
5
views

Selepas Chris Evans memuatnaik status dilaman Twitter miliknya dengan menyampaikan penghormatannya membawa karakter Captain America dan mengucapkan terima kasih kepada peminat, mesti ramai peminat yang menyangkakan bahawa beliau akan bersara dari dunia Marvel Cinematic Universe

Bagaimanapun ketika beliau berada di ACE Comi-Con, Chicago baru-baru ini, pelakon tersebut mengatakan bahawa peminat tidak sepatutnya mengambil kenyataanya secara literal.

“Saya harus memperjelaskan bahawa saya tahu saya telah “Tweet” sesuatu yang membuat ramai orang berfikir bahawa ia dalam beberapa cara adalah spoiler,” jelas pelakon tersebut yang menyangkakan kenyataan di laman Twitter adalah spoiler yang mengatakan Captain America akan mati dalam Avengers 4. 

Selain itu juga, kenyataan yang dikeluarkan tidak bermaksud selamat tinggal.

“Saya harus memperjelaskan bahawa tidak kira bagaimana Avengers 4 berakhir, saya akan menulis tweet yang sama”

Menurut Chris Evans lagi, hari terakhirnya  semasa menjalani penggambaran semula Avengers 4 memberi kesan kepadanya dan dia merasakan dia merasakan sesuai untuk berkongsi rasa terima kasih.

Jadi dengan kenyataan terbaru pelakon tersebut, bagaimana nasih Captain America dalam filem Avengers 4 kekal misteri. Adakah Chris Evans akan kembali membawakan watak Captain America dalam fasa terbaru Marvel Cinematic Universe? kongsikan pendapat anda.

Sumber: Comicbookmovie.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here