Trish Walker Bakal Tunjukkan Kehebatan Hellcat Dalam Jessica Jones Musim Ke-3

0
43
views

Selepas dua musim, transformasi Trish Walker sebagai Hellcat bakal ditunjukkan dalam siri televisyen Jessica Jones musim ketiga. Dalam sebuah video diset penggambaran siri tersebut, pelakon Rachael Taylor yang membawakan watak Trish Walker sedang melakukan beberapa pergerakkan akrobatik yang menunjukkan kelincahan adiwira Hellcat. anda boleh lihat video tersebut dibawah.

Selain itu juga, beberapa gambar dari set penggambaran siri televisyen berkenaan turut didedahkan. Pelakon Krysten Ritter yang membawakan karakter Jessica Jones menjadi pengarah untuk episod terbaru dalam siri musim ketiga.

Setakat ini tidak dapat dipastikan Trish Walker akan menggunakan kostum Hellcat dalam siri akan datang.

Siri televisyen Jessica Jones telah diperbaharui oleh Netflix dan kini sedang dalam proses penggambara. Dijangkakan ia akan bersiaran pada November 2019.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here