Trilogy ‘Back To The Future’ kembali sempena ulangtahun ke-30

0
204
views
screenrant.com
screenrant.com

Filem sains fiksyen terkenal semasa era 80an-90an, Back to The Future akan kembali menemui peminatnya sempena menyambut ulang tahun ke-30. Sempena meraikan ulang tahun tersebut, pihak Universal Pictures akan menerbitkan filem tersebut berasa – sama sequel Back To The Future yang lain dalam bentuk format Blu-Ray dan DVD.

Ini termasuk kesemua 26 episod anismasi Back to the Future.

Michael-J.-Fox-and-Christopher-Lloyd-Back-to-the-Future-30th-Anniversary

Filem arahan Robert Zemeckis dan lakonan Michael J. Fox dan Christopher Lloyd itu menjadi fenomena pada zaman tersebut dan dianggap filem terbaik sepanjang zaman. Kini, peminat filem sains fiksyen ini berpeluang untuk melihat kembali aksi merentas masa bersama – sama Marty McFly dan Doc Emmet Brown

Selain daripada mengeluarkan dalam bentuk Blu-ray dan DVD, pihak Universal juga akan menayangkan keseluruhan sequel filem ini di pawagam pada 21 Oktober 2015, sehari selepas koleksi DVD dikeluarkan.

Bagaimanapun, Universal tidak menyatakan bagaimana filem itu akan dipasarkan, tetapi butiran lanjut mengenai filem tersebut mungkin akan didedahkan tidak lama lagi.

Promo Blu-ray dan DVD oleh pihak Universal Pictures

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here