Trilogi Terbaru Star Wars Tidak Menggunakan Jalan Cerita Old Republic – Rian Johnson

0
44
views
Rian Johnson Star Wars
Sumber gambar: comingsoon.net

Beberapa minggu yang lalu, Lucasflim telah mengumumkan akan menghasilkan trilogi terbaru Star Wars sejurus selesainya filem Star Wars: Episode XI. Lebih menarik lagi, menurut orang penting dalam studio berkenaan, trilogi terbaru nanti tidak lagi akan melibatkan keluarga Skywalker dan ia akan menjadi trilogi yang baru untuk filem Star Wars akan datang.

Bagi merencanakan trilogi terbaru itu, Lucasfilm telah memberi tanggungjawab kepada pengarah filem Star Wars: The Last Jedi, Rian Johnson untuk merangka jalan cerita trilogi terbaru Star Wars itu.

Memandangkan ia bukan lagi kisah Skywalker, timbul teori dari peminat Star Wars bahawa trilogi terbaru itu nanti akan diadaptasikan dari permainan video yang dibangunkan oleh BioWare Austin, Star Wars: The Old Republic

Bagaimanapun, Rian Johnson menolak teori peminat bahawa beliau akan menggunakan jalan cerita The Old Republic bagi merancang filem terbaru Star Wars akan datang.

Beliau berkata demikian semasa ditemubual oleh Mashable

“Oh, they love Knights of the Old Republic,”. “I played that game when it first came out and it was like, god, I loved it. Yeah, that’s a fantastic game. And I understand it, the instinct to automatically go to something that you know and love, that you’ve already seen… To me, what’s really fun is the notion of what new stuff are we gonna see, what new stories can we tell?”

Johnson juga mendedahkan, trilogi terbaru Star Wars itu masih diperingkat awal.

Star Wars: The Old Republic adalah permainan video yang begitu popular dikalangan ‘gamesr’ dan mempunyai jutaan pemain seluruh dunia. Permainan video ini berlatarbelakangkan era Old Republic, ratusan tahun sebelum kejadian Star Wars: Episode I The Phantom Menace, pada waktu ini, The Jedi Order dan Sith Empire berperang untuk menguasai galaksi dan menghapuskan Old Republic. Selain permainan video, Old Republic juga diterbitkan dalam bentuk novel dan juga komik terbitan Dark Horse.

Memandangkan trilogi terbaru masih diperingkat awal, tiada maklumat lanjut mengenainya dan mungkin ia mengambil masa untuk peminat mengentahui samada trilogi ini akan mengunakan jalan cerita yang baru ataupun diadaptasikan dari mana-mana platform seperti novel, komik mahupun animasi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here