Transformasi Fizikal Kim Go Eun Dalam Filem Terbaru Sunset In My Hometown

0
75
views

Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Go Eun mendedahkan dia perlu menaikkan berat badannya sehingga 8 kilogram kerana tuntutan watak dalam filem terbarunya yang berjudul Sunset In My Hometown.

Selain perlu menambahkan berat, pelakon yang popular dengan drama Goblin ini turut perlu menggunakan loghat satoori (loghat bertutur di sebuah daerah).

“Saya merasakan sekiranya saya menaikkan berat, ia akan membantu saya untuk mencorak watak Seon Mi. Pengarah turut bersetuju dengan idea saya, jadi ia menjadi mudah. “Saya juga fokus kepada mengubah penampilan luaran iaitu perlu bertutur dalam satu loghat sebuah daerah. Selain belajar daripada guru bahasa, penduduk tempatan di pekan daerah itu turut banyak membantu saya dengan memberi banyak nasihat,”

Dalam pada itu, beberapa gambar yang memaparkan wataknya dalam filem kesembilan Kim Go Eun nyata berbeza dengan watak Ji Eun Tak dalam drama Goblin.

Malah dalam filem Sunset In My Hometown, pelakon ini tidak mengenakan solekan yang tebal. Filem ini dijangka akan menemui penonton pada Julai depan.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here