Trailer Tomb Raider dan Jumanji Akan Dilancarkan Esok

0
461
views

Dua filem reboot yang ditunggu-tunggu oleh peminat iaitu, Tomb Raider & Jumanji akan mengeluarkan trailer rasmi mereka pada hari Rabu ini (esok). Tetapi sementara menunggu trailer filem-filem berkenaan, preview dari kedua-dua filem tersebut telah dilancarkan bagi menghangatkan pelancaran trailer yang bakal dikeluarkan itu.

Menerusi laman Twitter rasmi filem Tomb Raider, mereka telah mengeluarkan video pendek berdurasi 15 saat yang memaparkan aksi-aksi Lara Croft manakala The Rock aka Dwayne Johnson memuatnaik trailer pendek filem Jumanji dilaman Twitter beliau.

Mari kita tonton sebelum trailer rasmi kedua-dua filem dilancarkan esok

Jumanji

Tomb Raider

Jumanji dibintangi oleh Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas, Ser’Darius Blain, Madison Iseman, Alex Wolff serta Morgan Turner dan akan ditayangkan pada 20 Disember 2017 manakala Tomb Raider Alicia Vikander, Dominic West, Walton Goggins serta Daniel Wu dan akan ditayangkan 16 Mac 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here