Trailer Terbaru Sicario 2: Days Of The Soldado

0
235
views

Syarikat milik Sony, Columbia Pictures telah melancarkan trailer terbaru filem sekuel Sicario 2 sebentar tadi. Pihak studio juga mengumumkan tajuk untuk filem tersebut iaitu Sicario: Day of the Soldado. Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah.

Sicario: Day of the Soldado, mengisahkan ejen CIA, Matt Graver (lakonan Josh Brolin) dan rakannya Alej andro (Benicio Del Toro) kembali bersatu bagi menghapuskan memerangi penyeludupan dadah di sempadan US dan Mexico. Kini mereka berhadapan dengan misi yang lebih hebat apabila Kartel dadah cuba menyeludup masuk pengganas ke negara US.

Selain Josh Brolin dan Benicio Del Toro, filem ini juga dibintangi Isabela Moner (Transformers: The Last Knight), Jeffrey Donovan (Burn NoticeFargo), Manuel Garcia-Rulfo (The Magnificent Seven, Murder on the Orient Express), dan Catherine Keener (Get OutThe 40-Year-Old Virgin). Emily Blunt tidak kembali dalam filem ini walaupun sekadar watak cameo kerana kisahnya telah tamat dalam filem pertama.

Sicario 2: Soldado diarahkan oleh pengarah Itali, Stefano Sollima dan ditulis oleh Taylor Sheridan. Filem sekuel ini dijadualkan menemui penonton pada 29 Jun 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here