Trailer Terbaru Mortal Engines Yang Lebih Padu

0
69
views

Universal Pictures telah melancarkan trailer terbaru filem arahan Christian Rivers dan terbitan Peter Jackson berjudul Mortal Engines. Filem sains fiksyen tersebut diadaptasikan dari siri novel British berjudul Mortal Engines yang ditulis oleh Philip Reeve

Selepas ratusan tahun tamadun dimusnahkan oleh malapetaka besar, manusia telah menerapkan cara hidup dan tamadun yang baru. Sebuah bandar bergerak yang sangat besar telah mengelilingi bumi dan akan ‘memakan’ bandar-bandar kecil yang berada dilaluannya.

Mortal Engines dibintangi oleh Robert Sheehan, Hera Hilmar, Hugo Weaving, penyanyi dan juga pelakon Korea, Jihae,  Ronan Raftery, Leila George, Patrick Malahide dan Stephen Lang.

Mortal Engines dijangka akan ditayangkan pada 14 Disember 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here