Trailer Terbaru Christopher Robin Pasti Mencairkan Hati Anda

0
49
views

Walt Disney Pictures telah melancarkan trailer terbaru, Christopher Robin yang menampilkan Ewan McGregor yang membawakan watak Christopher Robin ketika dewasa. Anda boleh tonton trailer filem ini dipemain video dibawah.

Christoper Robin, kanak-kanak ceria dalam cerita Winnie the Pooh, kini sudah dewasa dan hilang segala imaginasinya. Pooh dan rakan-rakannya dari hutan Hundred Ace kembali memasuki kehidupan Christopher dan cuba membantu rakan mereka mencari imaginasi yang hilang itu.

Selain McGregor, filem ini turut dibintangi oleh Hayley Atwell, Bronte Carmichael dan Mark Gatiss manakala Jim Cummings, Chris O’Dowd, Brad Garrett, Toby Jones, Nick Mohammed, Peter Capaldi dan Sophie Okonedo membawakan suara animasi Winnie the Pooh dan rakan-rakannya.

Christopher Robin diarahkan oleh Marc Forster manakala lakonlayar ditulis oleh  Alex Ross Perry dan Allison Schroeder. Filem ini akan ditayangkan pada 3 Ogos 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here