Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Trailer Spider-Man: Homecoming Akan Dikeluarkan Semasa Tayangan Rouge One


spider-man

Trailer filem reboot Spider-Man: Homecoming kemungkinan besar akan dikeluarkan semasa tayangakn pertama filem edaran Disney, Rogue One: A Star Wars Story. 

Menurut laman Comicbook.com, mereka melaporkan trailer tersebut akan dikeluarkan pada 15 Disember iaitu tarikah tayangan filem spin-off Star Wars itu

Sebelum ini, beberapa teaser filem berkenaan telah ditunjukan kepada penonton dalam San-Diego Comic Con semasa pihak Marvel membuat presentation di konvension tersebut.

Filem Spider-Man terpaksa di-reboot semula apabila pihak Sony Entertainment bersetuju untuk membenarkan Marvel Studios menggunakan karakter tersebut dalam filem-filem Marvel. Ini kerana karakter tersebut terdapat dalam plan jangka panjang Marvel dalam siri Marvel Cinematic Universe,

Spider-Man membuat kemunculan pertama dalam Marvel Cinematic Universe apabila muncul menyokong Team Iron Man dalam filem Captain America: Civil Wars. Kemudianntya pihak Marvel Studios menghasilkan filem solonya ini yang akan ditayngkan tak lama lagi dan akan terlibat dalam beberapa siri MCU akan datang termasuklah dalam filem Avengers.


Rata-rata peminat tidak sabar untuk menonton trailer pertama filem ini, dan mereka juga tertanya-tanya samada trailer yang dikeluarkan sama seperti yang ditunjukan dalam Comic Con atau sebaliknya.

Filem Spider-Man: Homecoming akan menampilkan Tom Holland sebagai Spider-Man dan Michael Keaton sebagai Venture, Supervillian untuk filem kali ini. Selain itu, ia turut menampilkan Tony Stark aka Iron Man sebagai mentor kepada Peter Parker.

 


Related posts

Babak Kredit ‘Spider-Man: Across the Spider-Verse’ Telah Dibuang Dari Filem & Ini Butirannya

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Menguasai Box Office Seluruh Dunia Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Spider-Man: Across The Spider-Verse Ending Explained! Apa Yang Kita Boleh Jangka Dalam Filem Seterusnya

Kakimuvee

Sony Sedang Bangunkan Filem Live-Action Spider-Woman & Miles Morales

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Terbaru “Spider-Man: Across the Spider-Verse”

Kakimuvee

Kontrak Tom Holland Sebagai Spider-Man Disambung Untuk Trilogi Baharu

Kakimuvee