Trailer Sekuel Mamma Mia: Here We Go Again! Dilancarkan

0
313
views

Universal Pictures telah melancarkan trailer pertama Mamma Mia! Here We Go Again, sekuel filem musikal yang hit pada tahun 2009. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Mamma Mia: Here We Go Again dibintangi oleh Meryl Streep, Julie Walters, Christine Baranski,  Amanda Seyfried, Dominic Cooper, Pierce Brosnan, Stellan Skarsgård dan Colin Firth. Selain itu ia turut menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Lily James, Alexa Davies, Jessica Keenan Wynn, Jeremy Irvine, Josh Dylan dan Hugh Skinner. Mereka akan membawa watak utama Mamma Mia semasa remaja.

Filem musikal terbaru ini diterbitkan oleh Judy Craymer dan Gary Goetzman, manakala pengarahnya adalah Ol Parker. Tom Hanks, Rita Wilson, Phyllida Lloyd, Richard Curtis dan Nicky Kentish Barnes akan bertindak selaku penerbit eksekutif.

Mamma Mia! Here We Go Again akan ditayangkan pada 20 Julai 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here