Trailer & Poster The First Purge Telah Dilancarkan

0
55
views

Universal Pictures dan Blumhouse Production telah melancarkan trailer dan poster pertama filem The First Purge, prekuel kepada 3 filem The Purge terdahulu. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

The First Purge dibintangi oleh Y’Lan Noel, Lex Scott Davis, Joivan Wade, Luna Lauren Velez dan Marisa Tomei. Filem ini  akan membawa penonton melihat asal usul budaya ‘The Purge’ dinegara ‘Uncle Sam’ itu. Bagi menurunkan kadar pengangguran dan jenayah dibawah 1%,  New Founding Fathers of America (NFFA) telah membuat satu ujikaji sosiological terhadap sebuah komuniti dimana teori mereka dengan membenarkan pelakuan jenayah dalam tempoh 1 hari akan mampu mengurangkan masalah jenayah dinegara mereka.

Untuk filem kali ini, pencipta siri franchise ini, James DeMonaco akan kembali menerbit bersama-sama beberapa nama terkenal seperti Michael Bay, Jason Blum  (Insidious), Brad Fuller dan Andrew (Teenage Mutant Ninja Turtles dan Ouija series, The Texas Chainsaw Massacre).

Poster pertama The First Purge

Lakonlayar dihasilkan sendiri oleh James DeMonaco manakala Gerard McMurray bertindak selaku pengarah.

The First Purge akan ditayangkan pada 4 Julai 2018 iaitu hari kemerdekaan negara US

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here