Trailer Pertama Filem Lakonan “The Rock”, Skyscraper Telah Dilancarkan

0
464
views

Trailer filem terbaru lakonan Dwayne Johnson berjudul Skyscraper telah dilancarkan semasa rancangan The Tonight Show with Jimmy Fallon, anda boleh tonton trailer filem aksi itu dipemain video dibawah.

Filem aksi terbaru ini menyaksikan Dwayne Johnson kembali berkerjsama dengan pengarah filem Central Intelligence, Rawson Marshall Thurber. Selain Johnson, turut membintangi filem Skyscraper adalah Chin Han, Neve Campbell dan Pablo Schreiber.

Johnson membawakan watak Will Ford, bekas anggota penyelamat tebusan FBI dan juga bekas veteran tentera. Beliau kini menjadi pemeriksa keselamatan untuk bangunan pencakar langit. Semasa menjalankan tugas memeriksa bangunan tertinggi di China, satu kejadian kebakaran telah berlaku dan Ford telah dituduh penyebab kejadian tersebut. Bagi membersihkan namanya, Ford mula menjejaki individu yang bertanggungjawab dan dalam masa yang sama cuba menyelamatkan keluarganya yang terperangkap dalam bangunan yang sedang terbakar itu.

Skyscraper akan mula ditayangkan dipawagam pada 13 Julai 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here