Trailer Pertama Filem Biopik Legenda Badminton Negara Datuk Lee Chong Wei Telah Dilancarkan

0
438
views

Lee Chong Wei: Rise of the Legend

Trailer pertama filem biopik lagenda Badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah dilancarkan semalam. Trailer tersebut telah dikongsikan oleh Datuk Lee Chong Wei tersebut dilaman Twitter beliau.

Filem yang berjudul Lee Chong Wei: Rise of the Legend itu diarahkan oleh pengarah filem Kepong Gangser (2012), Teng Bee

Antara yang membintangi filem biopik itu adalah Tosh Chan dan Jake Eng yang akan membawa watak Lee Chong Wei semasa zaman remaja dan kanak-kanak, Datuk Rosyam Nor yang membawa watak jurulatih kebangsaan Datuk Misbun Sidek, Ashley Ashley (Datin Wong Mew Choo), pelakon terkenal Singapura, Mark Lee (bapa kepada Chong Wei, Lee Ah Chai) dan Yeo Yann Yann (ibu kepada Chong Wei, Khor Kim Chooi).

Filem biopik berkenaan akan mengisahkan perjalanan hidup Datuk Lee Chong Wei semasa kecil sehinggalah dia menjadi pemain badminton negara. Filem yang menelan belanja ini dihasilkan oleh studio Mahu Pictures dengan kos pembikinan sebanyak RM4.5 juta.

Nantikan satu lagi filem biopik tempatan yang bakal ditayangkan pada 2018 nanti.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here