Trailer Pertama Filem 13 Hours: The Secret Soldiers Of Benghazi ditayangkan

0
230
views

maxresdefault

Selepas menghasilkan filem Transformers: Age of Extinction, Michael Bay, pengarah aksi filem Hollywood ini kembali dengan filem terbaru beliau  13 Hours: The Secret Soldiers Of Benghazi yang bakal ditayangkan pada 15 January 2016. Ini adalah filem ketiga beliau yang diadaptasikan dari kisah benar selepas filem Pearl Habour dan Pain & Gain. Michael Bay juga turut dikenali menghasilkan antara filem – filem aksi yang popular seperti The Rock dan juga siri filem Transformers.

13 Hours: The Secret Soldiers Of Benghazi ini diambil dari buku tulisan Mitcheel Zuckoff yang bertajuk 13 Hours: The Inside Account Of What Really Happened In Benghazi. Ia mengisahkan Duta Amerika di Libya telah dibunuh semasa huru hara di daerah Benghazi dan sekumpulan pasukan keselamatan U.S berusaha untuk menyelamatkan diri dari kekacauan tersebut.

Berdasarkan trailer pertama yang dilancarkan oleh Paramount Pictures di Youtube semalam, ia boleh dikatakan agak menarik aksi perang yang ditunjukan dalam trailer tersebut. Berdasarkan dari trailer ini juga, dijangkakan efek letupan dan tembakan akan mewarnai sepanjang aksi perang dalam filem ini seperti yang dilakukan beliau dalam filem – filem Transformers. 

Antara pelakon untuk filem ini ialah James Badge Dale, John Krasinski, Max Martini, Pablo Schreiber, and Toby Stephens. Manakala penulis untuk filem ini ialah Chuck Hogan dan pengedar filem Paramount Pictures.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here