Trailer Pertama Ant-Man & The Wasp Telah Dilancarkan

0
79
views

Walt Disney Pictures dan Marvel Studio telah melancarkan trailer pertama filem sekuel Ant-Man yang berjudul Ant-Man & The Wasp. Antara footage menarik yang dipaparkan dalam trailer tersebut adalah flashback Ant-Man semasa dalam filem Captain America: Civil War. Anda boleh tonton selebih dalam pemain video dibawah.

Filem kedua Ant-Man ini diarahkan oleh Peyton Reed selepas mengambil kerusi pengarahan dari Edgar Wright.

Selain Paul Rudd Rudd dan Evangeline Lilly, antara pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Bobby Cannavale, Michael Peña, Tip “T.I.” Harris, Judy Greer, David Dastmalchian, Michael Douglas, Michelle Pfeiffer, Laurence Fishburne, Hannah John-Kamen, Randall Park, dan Walton Goggins.

Ant-Man & The Wasp akan menyambung dari event Captain America: Civil War dimana Scott Lang cuba membahagikan masanya dalam menjalanui kehidupannya sebagai seorang bapa kepada anak perempuannya dan juga sebagai superhero. Hope van Dyne dan Hank Pym kemudiannya berjumpa dengan Scott Lang untuk meminta bantuannya menjalankan satu misi baru. Misi tersebut memerlukannya untuk berkerjasama dengan Hope Van Dyne yang kini memakai mantel ibunya, The Wasp

Ant-Man & The Wasp akan ditayangkan pada 28 Jun 2018 (Tayangan Malaysia)

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here