Trailer ‘Live-Action’ Bleach Pasti Buatkan Anda Tidak Sabar Menonton Filemnya

0
420
views
Bleach

Selepas mengedarkan filem live-action Fullmetal Alchemist, Warner Bros. melebarkan sayapnya dalam penerbitan filem-filem live-action adaptasi dari manga popular apabila menerbitkan filem Bleach.

Bakal ditayangkan di Jepun 20 Julai 2018, Bleach adalah adaptasi dari siri manga popular berjudul sama karya Tite Kubo. Filem ini dibintangi oleh Sota Fukushi, yang terkenal membawakan watak proantagonis dalam Kamen Rider Fourze. Beliau akan bawakan watak Ichigo Kurosaki, watak proantagonis utama filem ini.

Manakala bintang Blade of the Immortal, Hana Sugisaki pula akan memainkan watak Rukia Kuchiki, ‘Soul Reaper’ yang bertanggungjawab menghapuskan semangat jahat yang dikenali sebagai Hollows.

Sementara nantikan tayangan filem Bleach, kita tonton dulu trailer filem ini yang agak memberangsangkan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here