Infinity War: Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

0
39
views

Ramai yang begitu teruja dengan trailer rasmi Avengers: Infinity War yang baru dilancarkan beberapa jam yang lalu. Ada yang tidak sabar untuk menontonnya dan ada juga sudah mengeluarkan teori-teori mereka tentang apa yang bakal berlaku dalam filem tersebut.

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum kita melihat pertarungan paling epik sekali dalam sejarah filem-filem Superhero yang pernah dihasilkan. Kita bukan sahaja dapat melihat sejumlah besar superhero digabungkan dalam satu filem menentang villain paling berkuasa, malah kita juga bakal melihat siapakah superhero yang bakal tumbang dalam filem itu nanti.

Sebelum kami ingin kongsikan apa yang kami tahu setakat ini mengenai filem Avengers: Infinity War akan datang.

Tony Stark seperti meratapi salah seorang superhero yang tewas semasa menentang Thanos. Adakah Captain America? mungkin tidak kerana dalam trailer comic-con yang bocor beberapa bulan lalu, kelihatan seperti Spider-Man yang tewas ditangan Thanos. Adakah dia akan mati dalam filem Infinity War akan datang? Juga tidak diketahui kerana Tom Holland masih mempunyai 2 lagi filem untuk Marvel iaitu Avengers 4 dan Spider-Man: Homecoming

Tom Holland Spider-Man Infinity War

Kuasa Spider-sense Spider-Man ditunjukkan dalam trailer kali ini begitu juga sut baru Iron Spider Sut yang digunakan untuk menentang Thanos dan kuncu-kuncunya.

Doctor Strange dan Wong menjumpai Bruce Banner yang jatuh dari langit. Selain Thor, Hulk diantara survivor dari kapal angkasa Asgard yang diserang oleh kapal angkasa Thanos seperti yang ditunjukkan dalam ending filem Thor: Ragnarok.

New York menjadi lokasi serangan Thanos? Ia mungkin disebabkan Batu Infinity (Time Stone) yang dijaga oleh Doctor Strange dan Wong. Jadi, Iron Man, Spider-Man, Doctor Strange dan Wong akan bertarung dengan Thanos di bandar tersebut.

Mayat-mayat bergelimpangan dalam trailer Infinity War – Mungkin Asgardians atau Xandarian.

Loki menyerahkan Tesseract kepada Thanos atau kepada anggota Black Order

Proxima Midnight membaling lembingnya kearah… Captain America? akan berlaku ‘fight’ dalam bandar Wakanda?

Love story diantara Wanda Maximoff dan Vision akan ditunjukkan dalam filem Avengers: Infinity War.

Vision bakal kehilangan Batu Infinity yang ada pada dahinya. Trailer menunjukkan salah seorang anggota Black Order sedang mencungkil batu infinity yang terdapat pada dahi vision. Mungkin Vision antara watak yang bakal ditamatkan oleh Marvel? tunggu dan lihat.

Beberapa Superhero akan mempertahankan Wakanda antaranya, Winter Soldier (dia dapat tangan robotnya yang baru), Natasha Romanoff, War Machine (Rhode sudah sembuh? hasil bantuan teknologi perubatan moden Wakanda barangkali), Hulk, Falcon, Captain America, Black Panther dan Okeye.

Jadi dua lokasi di Bumi akan diserang oleh Thanos dan Black Order iaitu New York (Time-Stone berada ditangan Doctor Strange) dan Wakanda (Soul Stone dijaga oleh Black Panther). Avengers terpaksa berpecah untuk menentang Thanos dan Black Order.

Thanos Infinity gauntlet Infinity War

Jumlah Infinity Stone yang ada pada tangan Thanos setakat ini.

Nova Corps telah diserang oleh Thanos? ini berdasarkan Power Stone yang telah dipakai oleh Thanos seperti yang ditunjukan dalam trailer rasmi Infinity War. Nova Corps adalah penjaga kepada Power Stone seperti yang ditunjukan dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 1. Dalam leaked trailer yang di’viral’kan beberapa hari sebelum trailer rasmi didedahkan, ia ada menunjukan Thanos telah menyerang The Collector. The Collector adalah penjaga kepada Reality Stone, kemungkinan Reality Stone juga berjaya dirampas oleh Thanos. Jadi Thanos mungkin memiliki 3 atau 4 Infinity Stone iaitu Reality Stone, Power Stone, Space Stone dan Mind Stone (yang mungkin dirampas dari Vision). Dua lagi Infinity Stone berada ditangan Doctor Strange dan Black Panther – Ultimate battle diantara Avengers, Guardians of the Galaxy dan Thanos akan berlaku di planet Bumi.

Thor dijumpai oleh Guardians of the Galaxy – ‘leaked’ trailer baru-baru ini ada menunjukan Guardians of the Galaxy pergi ke tempat The Collector, mungkin cuba menyelamatkan salah satu infinity stone yang berada ditangan The Collector (Reality Stone) dari dirampas oleh Thanos

Superhero utama yang tidak ditunjukan dalam trailer ini adalah, Hawkeye, Ant-Man & The Wasp

Avengers: Infinity War akan ditayangkan pada 4 May 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here