Trailer Filem Seram Slender Man Telah Dilancarkan

0
82
views

Studio Screen Gems telah melancarkan trailer sebuah filem seram terbaru yang berjudul Slender Man. Anda boleh tonton trailer tersebut pada pemain video dibawah.

Slenderman bukanlah entiti yang wujud dalam mana-mana kisah seram seluruh dunia, ia merupakan karakter fiksyen yang dicipta oleh salah seorang pengguna forum Something Awful. Eric Knudsen atau nama aliasnya Victor Surge dalam forum Something Awful telah menyertai pertandingan photoshop mencipta karakter-karakter seram yang dianjurkan oleh laman forum terbabit. Pendekatannya yang digunakan cukup kreatif dengan mencipta satu entiti yang tinggi sedang mendampingi kanak-kanak dalam gambar hitam putih. Ideanya itu telah menyebabkan dia memenangi pertandingan tersebut dan Slenderman menjadi fenomena di alam maya.

Populariti Slenderman kemudiannya berterusan dan diadaptasikan dalam bentuk permainan video, artwork dan juga beberapa filem. Antara filem yang diadaptasikan dari karakter fiksyen ini adalah Windigo (2011), Hylo (2012), Proxy (2012), Entity (2013) dan Always Watching (2015).

Filem Slender Man ini diarahkan oleh Sylvain White dan dibintangi oleh Javier Botet, Jaz Sinclair, Joey King, Julia Goldani Telles, Annalise Basso, dan Alex Fitzalan.

Slender Man akan mula ditayangkan dipawagam US pada 18 May 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here