Trailer Filem Psychokinesis Arahan Pengarah Train To Busan Telah Dilancarkan

0
428
views

Filem Psychokinesis arahan pengarah filem Train To Busan, Jung Yu Mi telahpun melancarkan treler pertama filem tersebut beberapa hari lepas. Anda boleh tonton treler tersebut di pemain video dibawah.

Psychokinesis adalah sebuah filem bergenre thriller ‘supernatural’ yang mana ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Shin Suk Hun yang mempunyai kuasa luar biasa. Dengan kuasa barunya itu, dia membantu orang yang tertindas.

Selepas berita mengenai kuasa luar biasanya tersebar, pihak kerajaan memerintah dia ditangkap dan dipenjarakan.

Antara pelakon lain yang turut sama membintangi filem arahan Yeon Sang-ho ini ialah aktres Jun Yu-mi yang membawakan watakn wanita mengandung dalam filem Train to Busan. Selain itu, Park Jung-min (Dongju) dan Kim Min-jae (The Shameless) turut bersama-sama dalam pembikinan filem ini.

Naskhah yang ditulis sendiri oleh pengarah ini akan mula menemui penonton pada 31 Januari ini di sana. Bagaimanapun tarikh tayangan untuk negara-negara lain masih lagi belum diketahui.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here