Trailer The Commuter Lakonan Liam Neeson

0
121
views

Filem terbaru edaran studio Lionsgate dan StudioCanal yang menampilkan pelakon hebat, Liam Neeson. Filem yang berjudul The Commuter bakal menemui penonton-penonton Malaysia pada 11 Januari 2018. Anda boleh tonton trailer dibawah.

The Commuter mengisahkan Michael McCauley (lakonan Liam Neeson), seorang penjual insurance yang selalui menaiki komuter untuk ke tempat kerjanya. Seorang lelaki misteri telah menghubungi beliau dan menawarkan $100,000 dolar jika beliau dapat mengenalpasti salah seorang penumpang misteri yang menaiki komuter bersamanya.

Dengan masa yang terhad untuk beliau menyelesaikan misteri itu, McCauley mendapati dirinya terperangkap dalam satu konspirasi jenayah dan nyawanya serta nyawa penumpang lain kini dalam bahaya.

Antara pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Vera Farmiga, Patrick Wilson, Jonathan Banks, Elizabeth McGovern, dan Sam Neill. The Commuter diarahkan oleh Jaume Collet-Serra manaka lakonlayar ditulis oleh  Byron Willinger, Philip de Blasi, dan Ryan Engle.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here