Trailer Bumblebee Telah Dilancarkan

0
85
views

Era baru franchise Transformers secara rasminya bermula apabila trailer pertama filem spinoff Transformers berjudul Bumblebee: The Movie telahpun dilancarkan.

Diarahkan oleh pengarah filem Kubo and Two Strings, Travis Knight, Bumblebee dibintangi oleh beberapa pelakon antaranya Hailee Steinfeld , Pamela Adlon , John Cena, Stephen Schneider , Jorge Lendeborg Jr., Jason Drucker, Kenneth Choi, Ricardo Hoyos, Abby Quinn, Rachel Crow dan Grace Dzienny.

Berlatarbelakangkan tahun 1987, Bumblebee mencari perlindungan disebuah tempat pembuangan sampah yang terletak di sebuah bandar pantai, California. Charlie (lakonan Hailee Steinfeld) yang baru berusia 18 tahun telah menemui sebuah kenderaan VW bug berwarna kuning yang sudah lusuh. Selepas membaikinya, Charlie mendapati kenderaan tersebut bukanlah kenderaan biasa.

Bumblebee diterbitkan oleh Lorenzo di Bonaventura dan Michael Bay bersama-sama penerbit eksklusif, Steven Spielberg, Brian Goldner dan Mark Vahradian. Manakala skrip pula ditulis oleh Christina Hodson

Filem spin off Transformers ini bakal menemui penonton pada 21 Disember 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here