Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Annabelle 2: Creation Tunjukkan Asal Usul Patung Yang Disumpah


Annabelle dari filem spin-off The Conjuring 2014 akan menunjukan kisah asal usulnya dalam filem sequel Annabelle 2: Creation yang akan ditayangkan pada Ogos ini. Filem seram berkenaan telahpun mengeluarkan trailer pertamanya yang boleh dikatakan agak seram dan menakutkan.

Filem prekeul yang diarahkan oleh David F. Sandberg (Light Out) bakal mengisahkan tentang seorang pembuat patung dan isterinya yang membuat keputusan untuk membuka rumah mereka kepada rahib dan beberapa kanak-kanak perempuan dari sebuah rumah anak yatim yang telah ditutup selepas kematian anak perempuannya, namun mereka telah berhadapan dengan satu pengalaman yang menakutkan.

Annabelle 2 dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal antaranya Stephanie Sigman, Talitha Bateman, Lulu Wilson, Philippa Coulthard, Grace Fulton, Anthony LaPaglia dan Miranda Otto.

James Wan yang juga pencipta universe The Conjuring akan bertindak sebagai penerbit filem sekuel ini.

Annabelle 2: Creation akan menemui penonton pada 11 Ogos 2017 nanti.



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee