Top Gun 2 Telah Memulakan Penggambaran

0
102
views

Selepas berehat dari penggambaran filem Mission Impossible: Fallout, kini Tom Cruise kembali ke set lakonan, kali sebagai Pete “Maverick” Mitchell, juruterbang dalam filem terbaru berjudul Top Gun 2.

Top Gun 2 merupakan sekuel kepada filem Top Gun yang diterbitkan pada tahun 1986. Filem pertama Top Gun diarahkan oleh Tony Scott dan turut dibintangi oleh Kelly McGillis, Anthony Edwards dan Tom Skerritt.

Untuk filem kali ini, Tom Cruise sekali lagi bekerjasama dengan pengarah Joseph Kosinski selepas filem Oblivion (2013). Peter Craig, Justin Marks dan Eric Warren Singer akan menulis untuk filem kedua ini.

Gambar pertama Tom Cruise diset penggambaran Top Gun 2

Setakat ini, tiada pelakon lain diumumkan selain Tom Cruise, dan tiada tajuk rasmi untuk filem kedua ini. Desas-desus mengatakan sekuel kali ini akan diberi tajuk Tom Gun: Maverick.

Studio Paramount Pictures telah mengumumkan tarikh rasmi tayangan filem Top Gun 2 iaitu pada 12 Julai 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here