Tonton TV Spot Terbaru Filem Thriller, Red Sparrow

0
452
views

20th Century Fox telah melancarkan TV Spot terbaru filem pengintipan thriller berjudul Red Sparrow yang dibintangi pemenang anugerah Academy, Jennifer Lawrence. Filem yang mengisahkan, pengintip Rusia, Dominika Egorova yang sepatutnya mendedahkan penyamaran ejen CIA, Nathaniel Nash (lakonan Joel Edgerton) yang berada di Russia, sebaliknya beliau jatuh cinta pada ejen tersebut dan menjadi ‘double agent’

Selain Jennifer Lawrence, filem pengintipan thriller ini turut dibintangi oleh  Joel Edgerton, Matthias Schoenaerts, Charlotte Rampling, Mary-Louise Parker dan Jeremy Irons.

Francis Lawrence yang mengarahkan 3 filem terakhir The Hunger Games yang turut dibintangi oleh Jennifer Lawrence menjadi peneraju filem thriller ini manakala Justin Haythe bertindak selaku penulis lakonlayar filem yang diadaptasikan dari buku karya Jason Matthews yang berjudul sama. Chernin Entertainment bertindak selaku penerbit,  manakala Steve Zaillian dan Garrett Basch menjadi penerbit eksekutif

Red Sparrow akan menemui penonton pada 2 Mac 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here