Tonton TV Spot Terbaru Annihilation Yang Dibintangi Natalie Portman

0
63
views

Studio Paramount Pictures dan Skydance telah melancarkan tv spot terbaru filem mereka akan datang yang berjudul Annihilation. Anda boleh tonton pada pemain video dibawah.

Annihilation mengisahkan Lena (Natalie Portman) yang merupakan seorang pakar biologi dan juga bekas tentera, menyertai satu misi merbahaya iaitu pergi ke kawasan yang dikenali sebagai Area X. Misinya adalah untuk mencari jawapan tentang apa yang berlaku pada suami ketika berada dikawasan tersebut.

Area X adalah tempat yang berlakunya fenomena misteri yang menyaksikan tumbuhan dan haiwan yang berada dikawasan tersebut bermutasi. Pasukan pengembaran yang diturut disertai oleh Lena mendapati walaupun kawasan tersebut sangat cantik, ia sebenarnya sangat merbahaya.

Annihilation dibintangi oleh Natalie Portman, Oscar Isaac, Jennifer Jason Leigh, Tessa Thompson, Gina Rodriguez dan Tuva Novotny, manakala pengarah filem Ex-Machina Scott Rudin menjadi pengarah untuk filem ini

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here