Tonton Trailer & TV Spot Terbaru Tomb Raider

0
429
views

Warner Bros. Pictures dan Metro-Goldwyn-Mayer Pictures telah melancarkan trailer terbaru filem Tomb Raider beberapa hari lepas dan TV Spot filem pengembaraan berkenaan semalam. Anda boleh tonton kedua-duanya dalam pemain video dibawah.

Filem Tomb Raider yang menampilkan aktres Alicia Vikander sebagai Lara Croft serta diarahkan oleh pengarah filem  The Wave, Roar Uthaug. Tomb Raider juga turut dibintangi beberapa pelakon lain antaranya Walton Goggins, Daniel Wu, Dominic West

Mengisahkan Lara Croft yang merupakan seorang anak kepada pengembara yang telah lama hilang sejak beliau masih remaja lagi. Berharap dapat mencari punca kehilangan ayahnya, Croft telah pergi ke tempat kali terakhir ayahnya berada – iaitu di sebuah makam yang terletak di sebuah pulau misteri berhampiran dengan perairan Jepun. Disana Lara Croft terpaksa memberi sepenuh fokus dalam menghadapi setiap cabaran yang datang kepadanya.

Filem yang diadaptasikan dari permainan video ini pernah dihasilkan sebelum ini iaitu Lara Croft: Tomb Raider dan Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life, dibintangi oleh Angelina Jolie dan telah berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak $432 juta seluruh dunia.

Official Trailer #2

TV Spot

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here