Tonton Trailer The Meg Yang Baru Dilancarkan

0
47
views

Studios Warner Bros. Pictures telah melancarkan trailer pertama filem The Meg yang bakal menampilkan jerung gergasi dan menakutkan. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

The Meg diarahkan oleh John Turteltaub manakala lakonlayar ditulis oleh Dean Georgaris dan Jon Hoeber & Erich Hoeber. The Meg dibintangi oleh Jason Statham bersama-sama  Li Bingbing, Cliff Curtis, Rainn Wilson, Ruby Rose, Winston Chao, Page Kennedy, Jessica McNamee, Ólafur Darri Ólafsson, Robert Taylor, Sophia Shuya Cai dan Masi Oka

Filem seram sains fiksyen ini mengisahkan sepasukan kru daripada program pemantau laut dalam telah menyelam menggunakan kapal selam ke dasar lautan, namun mereka terperangkap apabila diserang oleh makhluk yang disangkakan sudah pupus, iaitu jerung pra-sejarah berukuran 75 kaki yang dikenali sebagai Megalodon. Pakar selam penyelamat Jonas Taylor perlu menyelamatkan mereka tetapi tiada siapa yang tahu dia pernah berdepan dengan makhluk itu sebelum ini. Kini dia bukan sahaja perlu berdepan dengan ketakutannya sendiri tetapi juga menyelamatkan mereka yang terperangkap.

The Meg akan menemui penonton pada 9 Ogos 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here