Tonton Trailer Terbaru ‘The Rock’, Rampage

0
507
views

Warner Bros. Pictures telah melancarkan trailer terbaru filem lakonan Dwayne Johnson berjudul Rampage. Filem adaptasi pemainan video yang dikeluarkan pada tahun 1986 turut menampilkan  Naomie Harris, Malin Akerman, Jake Lacy, Joe Manganiello, dan Jeffrey Dean Morgan. Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah.

Diarahkan oleh Brad Peyton, ia mengisahkan Davis Okoye (lakonan Dwayne Johnson), seorang Primatologist yang membela seekor gorila gergasi yang bijak sejak haiwan tersebut lahir. Bagaimanapun satu experiment genetik telah mengubah haiwan tersebut menjadi gergasi termasuklah beberapa predator. Haiwan-haiwan tersebut telah melarikan diri ke benua Amerika Utara dan memusnahkan segala benda yang berada dilaluan mereka. Okaye perlu bekerjasama dengan beberapa jurutera genetik untuk mencipta antidot dan menghentikan keganasan yang dilakukan oleh haiwan-haiwan gergasi terutamanya gorilla yang pernah menjadi sahabatnya dahulu.

Rampage akan mula ditayangkan pada 20 April 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here