Tonton Trailer Terbaru Filem Seram Slender Man

0
45
views

Screen Gems telah melancarkan trailer terbaru filem seram Slender Man yang diadaptasikan dari kisah fiksyen seram yang cukup terkenal di Internet, anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Disebuah bandar kecil Massachusetts, 4 pelajar sekolah tinggi melakukan ritual menyeru entiti dari alam lain iaitu Slender Man. Apabila menyedari salah seorang dari mereka hilang, pelajar-pelajar berkenaan mensyaki entiti jahat itu mula memburu mereka.

Slender Man adalah karakter seram fiksyen yang dipopularkan oleh laman internet seram, Creepypasta. Ia merupakan entiti tanpa wajah, bertangan panjang dan gemar memerhatikan kanak-kanak untuk dijadikan mangsa. Populariti karakter fiksyen ini telah menyebabkan seorang kanak-kanak dibunuh dengan ditikam sebanyak 19 kali oleh dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang cuba ‘memanggil’ karakter fiksyen ini.

Filem seram ini diarahkan oleh Sylvain White serta dibintangi oleh  Joey King, Julia Goldani-Telles, Jaz Sinclair, Annalise Basso, dan Javier Botet. Slender Man akan ditayangkan dipawagam Amerika Syarikat pada 10 Ogos ini, tayangan Malaysia masih lagi tidak diketahui.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here