Tonton Trailer Terakhir Filem A Quiet Place

0
240
views

Trailer terakhir filem seram terbaru terbitan Paramount Pictures dan Platinum Dunes, A Quiet Place telah dilancarkan. Filem yang dibintangi oleh Emily Blunt ini bakal menemui penonton pada 5 April 2018. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

A Quiet Place dibintangi oleh pasangan suami isteri, John Krasinski dan Emily Blunt dan diarahkan sendiri oleh John Krasinski. Berlatarbelakangkan zaman ‘post apocalypse’, A Quite Place mengisahkan sebuah keluarga yang perlu hidup dalam keadaan senyap untuk mengelakkan dari dibunuh makhluk supernatural yang memburu mangsanya sekirannya mendengar sebarang bunyian.

Dengan tagline “If they hear you, they hunt you”, filem ini akan menampilkan dialog yang sangat minimal kerana senyap adalah kunci untuk keluarga ini selamat.

A Quiet Place diterbitkan oleh Michael Bay dan lakonlayar ditulis oleh John Krasinski bersama-sama Andrew Form dan Brad Fuller.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here