Tonton Trailer All the Money in the World

0
422
views

All the money in the world

Diadaptasikan dari kisah benar, All The Money In The World mengisahkan seorang remaja John Paul Getty III (lakonan Charlie Plummer) diculik oleh sekumpulan penjenayah. Terdesak dengan apa yang berlaku, ibunya Gail (Michelle Williams) sedaya upaya memujuk datuk kepada remaja tersebut (lakonan (Christopher Plummer)) yang merupakan seorang jutawan membayar wang tebusan seperti yang diminta oleh penjenayah tersebut.

Bagaimanapun, datuknya Getty Sr. enggan membayar wang tebusan itu. Tindakan jutawan itu menyebabkan penjenayah bertindak agresif dan nyawa John Paul Getty dalam bahaya. Gail dan penasihat Getty Sr. (lakonan Mark Wahlberg) bersama-sama cuba menyelamatkan nyawa remaja tersebut yang akhirnya mendedahkan kasih sayang mengatasi harta benda.

All The Money In The World merupakan filem arahan pengarah franchise Alien, Ridley Scott, manakala skrip ditulis David Scarpa. Filem ini diadaptasikan dari buku yang ditulis oleh John Pearson. Filem drama ini diklasifikasikan sebagai R-Rated atau 18 tahun keatas oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia

Filem ini akan memulakan tayangan di Malaysia sepenuhnya pada 28 Disember 2017

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here