Tonton Trailer Mile 22 Yang Menampilkan Aktor Mark Wahlberg

0
68
views

STXfilms telah melancarkan trailer terbaru filem mereka berjudul Mile 22. Anda boleh tonton trailer filem aksi berkenaan dipemain video dibawah.

Mile 22 mengisahkan tentang James Silva (lakonan Mark Wahlberg), seorang ejen CIA yang ditugaskan untuk mengambil dan membawa seorang individu yang memiliki maklumat yang sangat penting dan boleh mengancam nyawa. Dibantu pasukan taktikal rahsia, James Silva perlu membawa ‘aset’nya itu ke Mile 22 untuk dibawa keluar sebelum musuh mendapatkannya.

Mile 22 diarahkan oleh pengarah filem Lone Survivor dan Patriots Day, Peter Berg. Selain Wahlberg, filem ini turut dibintangi John Malkovich, Lauren Cohan, Iko Uwais dan Ronda Rousey.

Filem ini adalah filem keempat kolaborasi diantara Mark Wahlberg dan Peter Berg. Lea Carpenter merupakan penulis filem ini manakala Peter Berg, Stephen Levinson  dan Mark Wahlberg menjadi penerbit filem ini

Mile 22 bakal ditayangkan pada 3 Ogos 2018. Tayangan Malaysia masih lagi tidak diketahui.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here