Tonton Trailer Makrifat Cinta Lakonan Syamsul Yusof

0
117
views

Pengarah dan pelakon berbakat, Syamsul Yusof akan kembali lagi ke layar perak menerusi filem Makrifat Cinta bersama-sama beberapa pelakon hebat seperti Nora Danish, Dato’ Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Nawawi dan Sabrina Ali.

Filem terbitan Dhananwoodd Films Sdn Bhd ini diarahkan dan ditulis oleh pengarah Kamal G, manakala Lady G bertindak selaku penerbit. Selain itu juga, filem ini menjadi filem tempatan pertama di Malaysia menggunakan Lensa Cooke S5 dalam pembikinan filem.

Filem Makrifat Cinta diadaptasikan dari sebuah kisah benar tentang kesusahan hidup ditempuhi oleh Mahathir bersama keluarga sebelum menjadi seorang jutawan dengan membina sebuah aplikasi yang dijual.

Makrifat Cinta akan memulakan tayangan di pawagam-pawagam tempatan pada 1 Februari 2018.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here