Tonton Trailer Filem Wonder Yang Akan Ditayangkan 7 Disember 2017

0
36
views

August “Auggie” Pullman merupakan seorang kanak-kanak yang mengalami penyakit “mandibulofacial dysostosis” yang mirip seperti Treacher Collins syndrome. Bayangkan seorang kanak-kanak yang terpaksa menjalani berpuluh pembedahan muka sehingga wajahnya telah berubah dengan begitu drastik dan menjadi..hodoh..

Sepanjang menjalani rawatan, Auggie hanya bersekolah dirumah sehinggalah ibu-bapanya membuat keputusan untuk menghantar anak ke sekolah seperti kanak-kanak lain. Dengan wajahnya yang pelik, Auggie perlu menghadapi hari-hari mendatang dengan cabaran dan penerimaan kanak-kanak disekolahnya samada mereka mahu menerimanya atau menyisihkannya .. pekara yang mungkin memberi kesan emosi kepada dirinya.

Itulah serba sedikit gambaran mengenai filem Wonder lakonan Julia RobertsOwen Wilson, dan Jacob Tremblay. Filem yang bakal memberi inspirasi kepada penonton Malaysia telah pun ditayangkan pada 17 November yang lalu dan telah menerima reaksi yang cukup positif dikalangan pengkritik filem dan juga penonton.

Laman web Rottentomatoes telah memberikan peratusan sebanyak 85% dari 122 review terhadap filem bergenre drama ini manakala IMDb memberikan rating sebanyak 8.1/10 dan penonton di Cinemascore memberikan gred A+ untuk filem ini.

Wonder diarahkan oleh Stephen Chbosky dan diterbitkan oleh studio Lionsgate, bakal menemui penonton pada 7 Disember 2017. Mari kita tonton trailer rasmi filem Wonder yang boleh menyebabkan hati anda tersentuh

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here