Tonton Trailer Filem Seram Korea, Gonjiam: Haunted Asylum

0
198
views

Kepada pengemar-pengemar filem Korea, nantikan sebuah filem seram terbaru dari negara tersebut berjudul Gonjiam: Haunted Asylum yang akan ditayangkan di Malaysia pada 19 April ini.

Diarahkan oleh Jung Bum-Sik dan dibintangi oleh Wi Ha-Joon, Park Ji-Hyun, Oh Ah-Yeon, Mun Ye-Won, Park Sung-Hun, ia mengisahkan tentang misteri yang terdapat pada sebuah bekas hospital psikatrik. Menurut penduduk tempatan, Hospital Gonjiam Psychiatric secara tiba-tiba telah ditutup pada tahun 1990 berikutan beberapa siri kematian misteri pesakit.

Kini, seorang wartawan penyiaran ambil keputusan untuk merakam rancangan yang diberi judul “Horror Times” di tempat itu. Dia telah mengambil beberapa orang yang sanggup meneroka kawasan berhantu itu ketika bersiaran langsung. Tidak lama kemudian roh terseksa mula keluar dari kegelapan dan menunjukkan mengapa tempat itu adalah tempat paling berhantu di Korea.

Jangan lupa saksikan filem Gonjiam: Haunted Asylum pada 19 April ini dipawagam-pawagam berdekatan anda.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here