Tonton Trailer Filem Animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

0
7
views

Kurang tiga bulan sahaja lagi sebelum filem animasi tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ditayangkan. Jadi kepada peminat yang tidak sabar untuk saksikan filem ini dipawagam, apa kata kita lihat dulu trailer dibawah.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mengisahkan tentang Upin, Ipin serta rakan-rakan mereka yang perlu mencari jalan kembali ke Kampung Durian Runtuh selepas keris mistik yang mereka jumpai dalam bilik stor Tok Dalang membuka portal dan membawa mereka terus ke tengah sebuah kerajaan. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membantu kerajaan itu kembali ke bekas kemuliaannya. Mereka berdepan segala cabaran sepanjang pengembaraan mereka dengan bantuan Mat Jenin, Belalang dan watak-watak lain dari cerita dongeng Malaysia.

Filem animasi ini diarahkan oleh Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz dan Khalid Syed Ibrahim serta disuarakan oleh pelakon suara watak asal iaitu Asyiela Putri, Ahmad Mawardi, Mohd Amir Asyraf dan Ernie Zakri.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal akan menemui penonton pada 21 Mac 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here