Tonton Trailer Extinction Yang Dibintangi Michael Peña

0
57
views

Platform streaming Netflix telah melancarkan trailer rasmi pertama filem sains fiksyen, Extinction. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain dibawah.

Mengisahkan tentang seorang bapa yang mendapat mimpi tentang kemusnahan manusia disebabkan oleh kuasa yang tidak diketahui. Mimpi-mimpi yang dialaminya menyebabkan hubungan beliau dengan keluarganya semakin renggang. Dia kemudiannya mendapati mimpi ngeri yang dialaminya adalah petunjuk kepada serangan makhluk asing keatas Bumi. Apabila pencerobohan berlaku, dia sedaya upaya cuba melindungi keluargannya dan memahami siapa dirinya yang sebenar.

Extinction diarahkan oleh Ben Young serta ditulis oleh Spenser Cohen dan dibintangi oleh Michael Peña sebagai pelakon utama bersama-sama Lizzy Caplan, Mike Colter dan Israel Broussard.

akan disiarkan di platform Netflix pada 27 Julai ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here