Tonton Trailer Antarabangsa X-Men: Dark Phoenix Disini

0
5
views

20th Century Fox telah melancarkan trailer antarabangsa filem X-Men: Dark Phoenix, anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

X-Men akan berhadapan dengan musuh yang paling berkuasa, iaitu salah seorang daripada mereka, Jean Grey. Semasa menjalankan misi menyelamat di angkasa, Jean hampir terbunuh apabila dia terdedah pada tenaga kosmik yang agak misteri. Selepas dibawa pulang, tenaga tersebut bukan sahaja membuatkan dia lebih berkuasa, tetapi ianya tidak stabil. Ketika bergelut dengan entiti yang berada didalamnya, Jean mengeluarkan kuasa yang sukar untuk dikawalnya.

Apabila Jean gagal mengawal kuasanya dan mencederakan orang yang paling dicintainya, dia mula merobek ikatan kukuh yang diantara X-Men. Kini, keluarga X-Men telah berpecah, mereka perlu mencari jalan untuk bersatu – bukan sahaja untuk menyelamatkan Jean, tetapi untuk menyelamatkan Bumi dari makhluk asing yang mahu menggunakan kuasa yang ada pada Jean Grey sebagai senjata dan memerintah galaksi.

X-Men: Dark Phoenix yang menampilkan kembali beberapa pelakon asal seperti Jennifer Lawrence (Mystique), Nicholas Hoult (Beast), Alexandra Shipp (Storm), Tye Sheridan (Cyclops), Kodi Smit-McPhee (Nightcrawler), Sophie Turner (Jean Grey), dan Evan Peters (Quicksilver).

Simon Kinberg bertindak selaku penulis dan pengarah filem ini. Dia juga bertindak selaku penerbit bersama  Lauren Shuler Donner dan Hutch Parker. X-Men: Dark Phoenix akan menemui penonton pada 14 Februari 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here