Tonton Trailer Antarabangsa Godzilla: Planet of the Monsters

0
455
views

Filem anime kaiju, Godzilla: Planet of the Monsters yang diterbitkan Toho Animatioan dan dihasilkan oleh Polygon Pictures bakal menemui penonton di platform Netflix seluruh dunia pada 17 Januari ini. 

Godzilla: Planet of the Monsters merupakan filem pertama dari trilogi baru yang dirancangkan oleh Toho Animation dan merupakan filem ke-32 franchise Godzilla. Filem anime ini diarahkan secara bersama oleh Kōbun Shizuno dan Hiroyuki Seshita, manakala lakonlayar ditulis oleh Gen Urobuchi

Berlatarbelakangkan tahun 2048, manusia terpaksa meninggalkan bumi selepas tidak membendung Godzilla dan raksasa lain yang berada di Bumi. Mereka telah mengembara selama 20 tahun cahaya menuju ke sebuah planet yang bernama Tau Ceti e. Setibanya disana, mereka dapati planet tersebut tidak sesuai untuk didiami

Disebabkan keadaan kapal angkasa yang semakin tidak sesuai dan tidak selesa untuk didiami manusia, seorang pemuda, Haruo telah melancarkan gerakan untuk kembali ke Bumi dan merampas planet tersebut dari raksasa. Kapal angkasa mereka berjaya sampai ke Bumi tetapi mendapati 20 ribu tahun telah berlalu. Keadaan ekosistem planet Bumi telah berubah sama sekali dan Godzilla berada di paling atas rantaian makanan. Mampukah manusia merampas Bumi dari Godzilla?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here